KUALA LUMPUR, 20 Julai 2024. BAKAT MTAT telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih Sekalung Budi bagi meraikan ahli- ahli BAKAT yang akan bertukar keluar dan yang akan bersara mengikut suami pada 20 Julai 2024 di Hotel Ideas, Kuala Lumpur. Seramai 14 orang Ahli BAKAT yang terdiri daripada isteri Juruarah dan Staf telah diraikan dalam majlis tersebut. Antara ahli BAKAT yang telah diraikan adalah Timbalan Pengerusi BAKAT 1, Puan Ts Dr Julaida binti Kaliwon di mana beliau telah mengikuti suaminya, Brigediar Jeneral Zamri bin Othman yang telah mengambil alih pemerintahan sebagai Panglima di Markas Briged Pertama pada 29 Jun 2024 yang lalu. Turut hadir diraikan dalam majlis tersebut adalah Puan Norhasikim binti Sallehudin isteri kepada Kolonel Mohd Johaizad bin Jarudin, Puan Noor Azila binti Zainal Abidin isteri kepada Kolonel Yazid bin Yaacob, Leftenan Komander Norashikin binti Hj Hassan TLDM isteri kepada Leftenan Kolonel Mohd Shah bin Othman, Puan Saranjit Kaur a/p Jaswant Singh isteri kepada Komander Ajit Singh a/l Serjit Singh TLDM, Puan Nik Suhaila binti Ahmad isteri kepada Leftenan Kolonel Osman bin Abdul Rahim, Puan Marina binti Mat Ali isteri kepada Leftenan Kolonel Khairizal bin Kamaruddin dan Puan Nur Shahrul Badariah bin Che Noh isteri kepada Mejar Shahril Nizar bin Abd Rahman.
Pengerusi BAKAT, Puan Rosnani binti Muhammad dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada ahli-ahli BAKAT yang bertukar keluar di atas kenaikan pangkat suami. Pengerusi juga merakamkan penghargaan yang tak terhingga juga kepada Ahli BAKAT yang akan meninggalkan organisasi BAKAT di mana suami memilih bagi persaraan awal. Dalam ucapan beliau juga amat menggalakan semua ahli untuk terus aktif dan mengambil bahagian dalam mana-mana acara BAKAT untuk menyokong organisasi BAKAT secara berterusan walau dimana berada.
Majlis juga turut disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada lapan Ahli BAKAT yang diraikan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka sepanjang menjadi ahli BAKAT MTAT. Majlis ini telah dikoordinasikan oleh Penasihat BAKAT MTAT, Leftenan Kolonel Zuraini binti Md Kamal dan ahli-ahli Jawatankuasa BAKAT MTAT. Sesi acara majlis diakhiri dengan penyampaian ucapan balas oleh Puan Ts Dr Julaida binti Kaliwon bagi mewakili 8 orang ahli BAKAT yang diraikan serta penerimaan hadiah cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama semua Ahli BAKAT bersama Pengerusi BAKAT MTAT.
*********************************************************************
𝐒𝐄𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐃𝐈 – 𝐅𝐀𝐑𝐄𝐖𝐄𝐋𝐋 𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓 𝐎𝐅 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐌𝐄𝐃 𝐅𝐎𝐑𝐂𝐄𝐒 𝐒𝐓𝐀𝐅𝐅 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄
Kuala Lumpur, 20 July 2024. The Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) of Malaysian Armed Forces Staff College (MAFSC) conducted a BAKAT Farewell, Sejambak Kasih Sekalung Budi Event on 20 July 2024 at Hotel Ideas, Kuala Lumpur, which the main intent was to host an appreciation session for 14 MTAT BAKAT Members including Deputy Chairperson 1 of BAKAT, Ts Dr Zulaida binti Kaliwon. Puan Dr Zulaida would be leaving in conjunction of her husband, Brig Jen Zamri bin Othman being posted out to HQ 1 Bgd to assume command as the Brigade Commander.
In her speech, the Chairperson of BAKAT, Puan Rosnani binti Muhammad, expressed the highest appreciation and congratulated her on her husband’s promotion. The Chairperson also extended her appreciation to the husbands who will be posted out and opted for early retirement. She also encouraged all members to be active and participate in any future event that will be conducted to continuously promote and support the BAKAT organisation.
The programme continued with the presentation of mementoes to the eight BAKAT members who were present, namely Ts Dr Julaida Binti Kaliwon wife of Brig Jen Zamri, Pn Norhasikim Binti Sallehudin wife of Kol Mohd Johaizad bin Jarudin, Pn Noor Azila Binti Zainal Abidin wife of Kol Yazid bin Yaacob, Lt Kdr Norashikin Binti Hj Hassan TLDM wife of Lt Kol Mohd Shah bin Othman, Pn Saranjit Kaur A/P Jaswant Singh wife of Kdr Ajit Singh a/l Serjit Singh TLDM, Pn Nik Suhaila bt Ahmad wife of Lt Kol Osman bin Abdul Rahim, Pn Marina bt Mat Ali wife of Lt Kol Khairizal bin Kamaruddin and Pn Nur Shahrul Badariah bin Che Noh wife of Mej Shahril Nizar bin Abd Rahman to recognise their services and contributions throughout being members of BAKAT MAFSC. This programme was coordinated by the BAKAT Advisor, Lt Kol Zuraini binti Md Kamal, and other BAKAT Committee Members. The event began with a photo session and a lucky draw, followed by a memento presentation session.